Taklimat Advokasi

9 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet telah mengadakan Taklimat Advokasi yang telah dihadiri oleh 14 orang pelajar 15 tahun keatas dari Sekolah Pondok Gual Tinggi. Taklimat ini diadakan di bilik latihan Pi Bukit Tandak. Program ini bertujuan untuk mendidik para pelajar dengan tanggungjawab mereka terhadap penggunaan internet dalam kehidupan seharian. Taklimat Klik Dengan Bijak, E- Waste dan Check Your Label juga diberi untuk memberi kesedaran kepada peserta mengenai internet, komputer dan barang-barang elektronik.

Selepas selesai memberi taklimat, diteruskan dengan permainan ekplorace dimana mereka dibahagikan dengan 4 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 4 orang orang ahli. Dengan adanya program seperti ini, staf PI dapat mempromosikan aktiviti PI1M dan produk dengan lebih baik dan menyeluruh.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas